Tuesday, June 12, 2012

Aku bkn robot!

Aku manusia...berkali2 aku katakan....aku manusia seperti kau juga...aku bukan ROBOT!
Kau marah aku sbb aku tk angkat call....ye mmg aku tk perasan sbb hp aku silent aku dok di kaunter.
Aku tgh mkn mlm dgn ofismate aku...kau blh marah2 bising....tanya aku buat ape siang tadi.....

Kau cukup marah kalau aku duduk rumah tk buat kerja kan!
Kau cukup hangin kalau kau tau aku dok rumah tdo kan!
Kau cukup giler kalau kau tau aku dok rumah tk buat ape kan!

Aku dh kata aku bukan robot!
Aku pun perlukan rehat... Kau buat aku seolah2 org gaji kau....
Barua kau......
Bila rumah nmpk tk kemas...kau trs hangin...kalau aku depan kan...kau tengking aku... kalau aku tk der dpn mata...kau call aku kau maki hamun aku...
Kau tk pernah mbyr aku sebagai isteri kau...
kau jarang sekali mbeli pakaian ku sbg isteri kau...
kau jarang sgt2 memberi wang tanda penghargaan kau pd aku...
Sungguhpun begitu...aku sentiasa menolong kau dlm segala segi....

Bila kau marah...kau tak hantar anak ke sekolah....aku yg hantar
Bila kau marah...kau tk bagi anak2 belanja sekolah....aku yg bagi
Bila kau marah...kau biarkan aku n anak2 kt rumah...aku yg sentiasa ade dgn mereka
Bila kau marah...kau buat bodoh dgn keperluan rumah....aku yg back up...
Sebab KAU ADA AKU... Aku berani katakan.....bila KAU TAK ADER AKU LAGI
Kau takkan dpt ape yg kau dpt waktu KAU ADA AKU
AKU SENTIASA ADA.....

Bila kau baran.....
Pipi ku lebam....
Hidung berdarah...
Bibir ku pecah....
Bdn ku sakit...
Kepala ku bengkang.........

Apa lagi yg tak cukup mjadi seorg isteri?
Masa aku di tmpt kerja....habis kerja aku berkejar balik menyambung tugas di rumah.... Aku tk pernah ada masa jadi mcm Kau...
Kau selalu balik lmbt krn....minum2 dgn kwn2 ofis
Kau selalu balik lmbt....main badminton
Kau selalu balik lmbt...blk rumah mak kau
Kau selalu balik lambt.....sbb OT

Bila smp rumah kau zikirkan perkataan PENAT berkali2..
Aku tak tau penat....sekali aku penat 100 kali kau penat
Kau penat kau blh tidur rehat...
Kau penat kau suruh aku amik anak sekolah...
Kau penat kau tak hantar anak tuisyen.....
Padahal aku menggunakan khidmat aku kalau aku kerja mlm...
Kalau hari biasa dh jadi rutin aku buat semua tu....

Apa guna nya kau kalau rata2 aku yg buat?
Dimana ltk nya tanggung jwb kau...kau tak malu....isteri org lain lps keje duduk rumah...sdgkan aku kehulu kehilir dgn anak2 mcm tk der suami???????
Hmnn mmg ada yg bertanya...."Dia tak der suami ke? tk pernah tgk suami dia"

Bila aku penat...
Aku kena jlnkan tanggung jwb aku...
Aku kene masak...
Aku kena kemas rumah..
Aku kene uruskan anak2...
Aku kene layan kau....

Dah berkali2 aku katakan...aku bukan ROBOT!
Mmg aku sering merintih pd Mu YaAllah... Kenapa Dia utk Ku?
Kenapa Dia.......

Mmg aku melawan...krn keangkuhan nye berkata
Mmg aku melawan...krn keceluparan mulutnya menghina
Mmg aku melawan...krn kesombongan nya dgn kesenangan nya
Mmg aku melawan...krn keegoannya

Dia lelaki kejam utk ku......


Wednesday, February 1, 2012

Mengapa Wanita Menangis?


Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?”

Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.”

“Saya tidak mengerti ibu,” kata si anak.

Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti”


Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?”

“Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas,” sang ayah menjawab.
“Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”




Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?”

Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar jawapannya:
“Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.

Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.

“Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

“Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.





“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.
Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?

“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

“Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”

Tuesday, January 17, 2012

KEKEJAMAN KEATAS WANITA.

Rasulullah saw bersabda:

''Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari Akhir, Janganlah ia menyakiti tetangganya, Dan hendaklah engkau sekalian melaksanakan wasiatku

untuk berbuat baik kpd para wanita. Sbb mereka itu diciptakan dari tulang rusuk, Dan tulang rusuk yg paling bengkok ialah yg paling atas. Jika engkau meluruskannya bererti engkau mematahkannya, Dan jika engkau membiarkannya, ia tetap akan bengkok. Maka hendaklah kalian melaksanakan wasiatku
untuk berbuat baik kepada wanita. Dan Takutlah kepada Allah dalam urusan wanita, Kerana sesungguhnya kamu telah mengambil mereka dgn Amanah Allah.'' (Riwayat muslim dan Bukhari).